DRAMA MELAYU: Runtun Qalbu - Sinopsis Global & Sinopsis Episod 1 ~ 9

blogger templates



Drama Runtun Qalbu yang diterbitkan oleh Excellent Pictures akan mula menemui penonton pada 21 September dalam slot Zehra, setiap Jumaat jam 9 malam di TV3. Drama Runtun Qalbu akan menggantikan Drama Nazihah yang telahpun tamat. Drama ini diarahkan oleh adik kepada Ahmad Idham, Ahmad Khalid Ahmad Nadzri.

Sinopsis Drama Runtun Qalbu
Mengisahkan tentang Qalbu (kamal) yang melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun, sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.
Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu (Fasha) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu seorang penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.
Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah (Fida).
Itulah minat Qalbu, namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu lakonan pelakon muda, Shah Iskandar yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.
Kronologi perkenalan Qalbu dan Ustazah Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu, tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.
 Sinopsis Episode1 - 2

Bermula babak dengan seorang lelaki (QALBU) berpakaian atendan hospital, sedang menyental dengan mop lantai yang melimpahi darah. QALBU memakai penutup hidung, mulut. Wajahnya tidak cukup jelas. Dan kita nampak yang dia sedang berada malam hari di bilik autopsy mayat seorang diri. Dalam masa yang sama, di sebuah rumah berlantaikan hampir sama( kalau boleh dapat), darah terpercik dan nampak KELABU sedang menikam seorang lelaki yang sudah teruk ditumbuk mukanya. KELABU atau nama asal MUSHRID gaya gangster, licik dan kiri kanannya sudah terbaring 3 lelaki lain tidak sedarkan diri di belasah KELABU. Ia bagai montaj lantai dibersih, lantai dikotori darah dan perilaku antara QALBU dan KELABU silih berganti. Jalan cerita QALBU dimulakan. QALBU yang sentiasa berpakaian serba putih bersifat introvert, berahsia namun ada sopannya sedang jalan pulang. Tinggal di pangsapuri lama. Orang lalu melintasinya akan beri salam dan sebut namanya QALBU. Dia mudah menjawab salam.

Idayu rupanya sedang menyediakan makanan di ruang dapur rumah. Qalbu hairan dari mana dia dapat kunci. Idayu menjawab pintu memang tidak berkunci. Qalbu baru sedar kelalaiannya. Qalbu meminta Idayu segera beredar bimbang menjadi fitnah dan menimbulkan kemarahan ayah Idayu sendiri.
sumber sinopsis: http://www.kepalabergetar.net/


Episode 1

Runtun Qalbu Episode 1 pada 21 September 2012

Sambungan Runtun Qalbu Episode 1

Video klip Runtun Qalbu Episode 1

Episode2

Runtun Qalbu Episode 2 pada 28 September 2012

Sambungan Runtun Qalbu Episode 2

Video klip Runtun Qalbu Episode 2

Episode 3

Runtun Qalbu Episode 3 pada 5 Oktober 2012

Video klip Runtun Qalbu Episode 3

Episode 4

Runtun Qalbu Episode 4 pada 12 Oktober 2012

Sambungan Runtun Qalbu Episode 4

Video klip Runtun Qalbu Episode 4


Episode 5

Runtun Qalbu Episode 5 pada 19 Oktober 2012

Video klip Runtun Qalbu Episode 5

Episode 6

Runtun Qalbu Episode 6 pada 26Oktober 2012

Video klip Runtun Qalbu Episode 6

Episode 7

Runtun Qalbu Episode 7 pada 1 November 2012

Video klip Runtun Qalbu Episode 7


Episode 8

Runtun Qalbu Episode 8 pada 16 November 2012 

Runtun Qalbu Episode 8

Video klip Runtun Qalbu Episode 8

Video klip Runtun Qalbu Episode 8

Runtun Qalbu Episode 8


Episode 9

Runtun Qalbu Episode 9 pada 23 November 2012 

Runtun Qalbu Episode 9

Video klip Runtun Qalbu Episode 9

Video klip Runtun Qalbu Episode 9

Runtun Qalbu Episode 9 Part 1

Runtun Qalbu Episode 9 Part 2

Runtun Qalbu Episode 9 Part 3


Courtesy of:

 http://www.kepalabergetar.net/
 http://hazminhamudin.com/
& http://helloskyblu.blogspot.com/

0 Response to "DRAMA MELAYU: Runtun Qalbu - Sinopsis Global & Sinopsis Episod 1 ~ 9"

Posting Komentar