DRAMA MELAYU: Persona Sukma - Sinopsis Global

blogger templates





PENGENALAN DRAMA PERSONA SUKMA

PERSONA SUKMA, sebuah drama Melayu yang terbaru, akan menemui anda di TV1 jam pukul 7:00 malam setiap Sabtu dan Ahad.  Drama ini dibintangi oleh Azhar Sulaiman, Nas-T, Fazreen Rafi, Julia Ziegler, Erry Putra, Amanda Misbun, Z. Zamrie, Ixora Chern, Sheila Mambo, Zarynn Min, dan Ruzana Ibrahim. Panajangnya drama ini 26 episod.

SINOPSIS PERSONA SUKMA 
]

Mengangkat kisah suka duka hitam putih watak Hannah sedang mencipta nama besar dalam dunia peragaan fesyen. Dalam usianya yang masih belasan tahun, kehidupannya dilimpahi kemasyuran yang membuatkannya dicemburui ramai. Namun sebaliknya tiada siapa pun tahu realiti sebenarnya dia berdepan dengan konflik setelah ibu bapanya meninggal dunia. Dia membesar seperti dalam penjara di bawah jagaan bapa saudaranya, Bakri. Bakri sentiasa mengawal ketat pergerakan Hannah dan mengongkongnya.

Dengan populariti yang diraih anak saudaranya itu, Bakri membuka agensi modelnya sendiri dan menerima kontrak dari syarikat-syarikat besar yang membuatkan Bakri mula alpa. Dia boros menggunakan wang yang kemudiannya membuatkan dia sentiasa kesempitan wang dan berhutang.

Dalam diam pergerakan Hannah sentiasa diintip oleh Eddie, jurugambar bebas agensi model milik Bakri. Dia terlalu obses dengan kecantikan Hannah dan berhasrat memiliki gadis itu sepenuhnya. Namun Hannah secara terang-terangan menolak kehadiran Eddie. Sebaliknya dia menjalinkan hubungan rapat dengan Iskandar, jurusolek dalam agensi yang sama. Segala suka duka dikongsi bersama lelaki itu yang menyebabkan Eddie menyimpan dendam terhadap keduanya. Pada masa sama Hannah turut dicemburui dua model, Farah dan Cindy yang hanya menjadi pilihan Bakri bila Hannah terikat dengan jadual yang ketat dengan sesi peragaannya.

Tersepit dengan hutang Along, Bakri terpaksa bersetuju mengahwinkan Hannah dengan seorang lelaki tua yang kaya semata-mata mahu melangsaikan hutangnya yang banyak. Mujur Hannah terlebih dahulu mengetahui niat buruk Bakri lalu dia meminta tolong Iskandar untuk lari.

Dengan pertolongan Iskandar, Hannah melarikan diri ke sebuah pekan kecil dan tinggal dengan saudara temannya itu bernama Uya. Perkara pertama Hannah mengubah identiti dirinya dengan bertudung dan namanya kepada Sukma. Begitu pun lama-kelamaan Hannah mula bosan dengan terperuk di rumah dan meminta Uya mencarikannya kerja.

Hannah kemudiannya ditawarkan menjadi pengasuh kepada Diya, anak kepada Adam yang telah bercerai dengan isterinya. Meskipun kekok namun berkat usahanya Hannah berjaya membiasakan diri dengan tanggungjawab barunya itu. Dia menjaga Diya seperti anak sendiri apatahlagi Adam sekeluarga melayannya dengan baik sekali.

Kebahagiaan dikecapi tidak lama bila tanpa diduga Eddie muncul di tempat baru Hannah. Pertama kali terpandang Sukma dia tahu gadis itu yang diimpikannya. Lalu Eddie cuba membongkar rahsia disembunyikan Sukma. Sebaliknya Sukma sedaya upaya menonjolkan dirinya yang baru untuk meyakinkan semua orang yang mula curiga.

Satu hari Sukma hilang diculik. Angkara siapakah yang menyebabkan kehilangan Sukma? Masihkah ada ruang bagi Bakri untuk menebus kesalahan terhadap anak saudaranya itu? Saksikan kesudahan drama rantaian 26 episod ini hanya di TV1.



Terima kasih dan kredit diberikan kepada sumber yang berikut:


 http://www.perekacerita.com/2012/11/persona-sukma-tv1.html#ixzz2B91852pT

http://www.perekacerita.com

0 Response to "DRAMA MELAYU: Persona Sukma - Sinopsis Global"

Posting Komentar

Labels

KOREAN DRAMA: Full House Take 2 / 浪漫滿屋Take 2 / 풀하우스TAKE2 KOREAN DRAMA: My Love Madame Butterfly / 我的愛蝴蝶夫人 / 내사랑나비부인 KOREAN DRAMA: Five Fingers / 五根手指 / 다섯손가락 KOREAN DRAMA: May Queen / 메 이 퀸 KOREAN DRAMA: My Daughter Seo Young / 我女兒是瑞英 / 내 딸 소영이 KOREAN DRAMA: Oohlala Spouses / 烏拉拉夫婦 / 울랄라부부 KOREAN DRAMA: The Horse Doctor / 馬醫 / 마의 KOREAN DRAMA: The Great Seer / 大風水 / 대풍수 KOREAN DRAMA: Nice Guys / 善良的男人 / 차칸남자 KOREAN DRAMA: The 3rd Hospital / 第三病院 / 제3의 병원 JAPANESE DRAMA: Akumu-chan / 惡夢小姐 JAPANESE DRAMA: Koukou Nyushi / 高中入試 KOREAN DRAMA: The King of Dramas / 電視劇之王 / 드라마의 제왕 JAPANESE DRAMA: TOKYO Airport / 東京機場管制保安部 / TOKYOエアポート JAPANESE DRAMA: Kekkon Shinai / 不結婚 JAPANESE DRAMA: Monsters JAPANESE DRAMA: Resident Go-nin no Kenshui / 實習醫生五人組 / レジデント~5人の研修医 JAPANESE DRAMA: Tokyo Zenryoku Shoujo / 東京全力少女 KOREAN DRAMA: Faith / 信義 / 신의 KOREAN DRAMA: I Miss You / 想你 / 보고싶다 KOREAN DRAMA: Vampire Prosecutor 2 / 吸血鬼檢察官 2 / 뱀파이어검사 2 JAPANESE DRAMA: Osozaki no Himawari / 遲開的向日葵 JAPANESE DRAMA: Priceless KOREAN DRAMA: Arang And The Magistrate / 阿娘使道傳 / 아랑사또전 KOREAN DRAMA: Jeon Woo Chi / 田禹治 / 전우치 DRAMA MELAYU: Adam dan Hawa KOREAN DRAMA: The Thousandth Man / 第一千個男人 / 천번째 남자 Tukang Bubur Naik Haji The Series COOKIES - Kumpulan Kisah-Kisah Manis: After the Ugly Duckling DRAMA MELAYU: 6 Progresif Musim 2 DRAMA MELAYU: Bini-Biniku Perkasa DRAMA MELAYU: Cinta Itu Milikku DRAMA MELAYU: Citra Juwita DRAMA MELAYU: DARJAT DRAMA MELAYU: Dalam Hati Ada Taman DRAMA MELAYU: Dendam Pencinta DRAMA MELAYU: Dendam Sarakit DRAMA MELAYU: Evolusi KL Drift DRAMA MELAYU: Julia - Sinopsis Ringkas DRAMA MELAYU: Mimpi Cinderella DRAMA MELAYU: Persona Sukma DRAMA MELAYU: Putera Rayyan DRAMA MELAYU: Rawan DRAMA MELAYU: Runtun Qalbu DRAMA MELAYU: Saiful Nita DRAMA MELAYU: Satu Pengorbanan DRAMA MELAYU: Terlanjur Cinta DRAMA MELAYU: Trilogi Cinta 2 DRAMA SERI KELUARGA: Takdir Cintaku ENGLISH MOVIE: Life of Pi - Synopsis and Trailer FILIPINO DRAMA: My Lover FTV ISTIMEWA: CINTA BERSEMI DI PUTIH ABU-ABU GALA SINETRON BAYU CINTA LUNA GALA SINETRON:Bayu Cina Luna LAYAR DRAMA: Pembantu dan Tukang Objek LAYAR DRAMA: Separuh Aku My Wife SINETRON: Super ABG SINETRON: 4 Serangkai - Episode 1 SINETRON: Aliya SINETRON: BENCI JADI CINTA SINETRON: Berbagi Cinta SINETRON: Cinta Bersemi di Putih Abu-Abu (Sarikata Bahasa Malaysia) SINETRON: Cinta Cenat Cenut III - SINETRON: Cinta Semanis Surabi Biya SINETRON: FATHIYAH 2 SINETRON: Jagoan Silat - Sinopsis Global SINETRON: Kutunggu Kau di Pasar Minggu SINETRON: LOVE IN PARIS SINETRON: PUTRI BIDADARI SINETRON: RAJA DAN AKU SINETRON: SI BIANG KEROK SINETRON: Selamat Pagi Puan Putri SINETRON: Sely Ogah jadi SELEB SINETRON: Separuh Aku SINETRON: TOBAT SAMBEL SINETRON: Ustad Fotocopy - Sinopsis Global SINETRON: YANG MASIH DI BAWAH UMUR